Tuesday, January 31, 2017

KANVAS PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK SEKOLAH



BANDAR ENSTEK,Kompleks Pendidkan Nilai, 30 JAN 2017:  Pada awal tahun ini banyak sekolah yang sedang merangka dan membina pelan perancangan strategik sekolah.  Apa yang penting pelan perancagan strategik sekolah dihasilkan bertolak daripada dasar organisasi kita iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar organisasi KPM seperti  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, MISI  dan VISI KPM dirangka  demi mencapai hasrat unggul melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Saya kongsikan Kanvas Pembangunan Pelan Perancangan Strategik Sekolah sebagai rujukan.

Sunday, January 29, 2017

KENAPA PERANCANGAN GAGAL



Kuala Lumpur 29 Januari 2017: Madah bestari Winston Churcill mempunyai makna yang besar dalam konteks perancangan. Katanya  "sesiapa yang gagal merancang, dia akan gagal" . Premis keramat itu telah banyak diungkap dan diucap. Ada yang sekadar menggunakannya sebagai modal bual bicara. Ada yang berjaya menggunakan ungkapan itu sebagai pencetus perubahan diri dan organisasi. Dalam konteks perancangan strategik  sekolah ia perlu dirancang dengan tepat supaya impaknya hebat kepada kemenjadian murid-murid. Premis petikan dan huraian di atas  adalah penjelasan kepada sebab-sebab kegagalan perancangan. Relakah kita menjadi pengurus dan pemimpin sekolah yang gagal merancang.

SELF LEADERSHIP ACTION



Kuala Lumpur: 29 Januari 2017 : Saya kemukakan jadual  ini untuk  kita bersama-sama menyemak  kedudukan impian diri kita.  Adakah impian  diri kita  ada sejajar dengan  keperluan 21st Century Skills. Kegagalan pertama kebanyakan manusia  kerana tidak percaya kepada  keupayaan diri. Saya tidak mahu memanjangkan perbincangan ini. Tetapi  saya mencadangkan kita sama-sama melihat secara ke dalam, apakah tindakan kepimpinan kendiri  ( self leadership action) kita. Pengurus dan pemimpin sekolah yang hebat  akan sentiasa menyemak  tindakan kepimpinan kendirinya. Anda  bagaimana? Saya doakan anda berada dalam kelompok tindakan kepimpinan  kendiri yang hebat,

Saturday, January 28, 2017

PEMIMPIN STRATEGIK ABAD 21

Kuala Lumpur 29 Jan 2017:  Inilah cabaran pemimpin dan pengurus sekolah abad 21. Bagi semua pemimpin organisasi  ini satu  perkara besar yang perlu difahami dan  hayati, Hal ini kerana generasi  yang kita pimpin sekarang adalah generasi yang terdedah  dengan pelbagai sumber maklumat  dihujung jari. Saya paparkan model berikut untuk difikirkan secara mendalam.



MODEL STRATEGIK KEMENJADIAN MURID

Kuala Lumpur:  29 Januari 2017: Apakah  bentuk  anak-anak yang ingin kita lahirkan disekolah? Hal ini merupakan satu perkara penting yang perlu dihayati dengan mendalam oleh semua guru-guru dan pemimpin sekolah. Dalam banyak bengkel dan latihan yang saya  beri, perkara ini selalu  saya bangkitkan.  Apakah langkah-langkah  strategik yang kita lakukan cukup kuat bagi memberi IMPAK SAUJANA bagi membangunkan kompetensi anak-anak kita. Guru besar dan Pengetua  selaku  peneraju sekolah   bersama-sama guru-guru  adalah wira dan panglima kepada perubahan ini. Rancanglah secara strategik demi kemenjadian anak-anak kita. Jasa tuan tetap dikenang.

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK SK ST MARY DAN SK INTAN BAIDURI

Kuala Lumpur: 14 Jan 2017 (Sabtu), Bertempat di Dewan Besar SK ST Mary, Kuala Lumpur, satu bengkel penyediaan pelan perancangan strategik sekolah 2017-2019 telah diadakan dengan jayanya. Bengkel sehari itu telah di hadiri oleh GPK, Ketua Bidang, Ketua Panetia serta guru-gur dari SK St Mary dan SK Intan Baiduri. Bengkel tersebut  telah di sertai lebih daripada 100 guru-guru daripada kedua-dua buah sekolah. Bengkel itu bertujuan untuk memantapkan  kefahaman semua guru, bagi menyediakan pelan perancangan strategik sekolah yang berkesan. Dalam majlis yang sama satu memorandum perkonsian pintar diantara SK St Mary dan SK Intan Baiduri  telah ditangani. Memorandum persefahaman itu sebagai satu kerjasama strategik  yang di tangani oleh Cik Ngan mewakili SK St Mary, manakala SK Intan Baiduri  di wakili oleh Tn Hj Ahmad Fuad.  Dalam bengkel itu  penceramah dan fasilitator bengkel telah menunjuk cara  mengesan isu  strategik sekolah  menggunakan  beberapa alat analisis, serta menterjemahkan isu strategik  kepada matlamat dan strategi. Bengkel pelan perancangan strategik sekolah 2017-2019  telah dipimpin  oleh Abdul Razak Abdul Rahim, dari IAB, KPM.



PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH MELONJAKKAN KECEMERLANGAN PELAJAR.

Kuala Lumpur: 1-2 Disember 2016: Timbalan Pengarah  Jabatan Pendidikan Wilayah  Persekutuan, Kuala Lumpur Tn Haji Jauhir Mondakir, menegaskan, perancangan strategik sekolah merupakan  satu  bentuk perancangan yang penting bagi melonjakkan kejayaan sekolah. Beliau menegaskan perkara itu dalam kursus perancangan strategik untuk gurubesar SK dan  SJK, PPD Zon Sentul  yang telah diadakan di SK Bandar  Baru, Sentul, Kuala Lumpur. Beliau menegaskan pelan perancangan strategik sekolah merupakan dokumen terancang bagi memastikan  sekolah bergerak pada landasan yang betul. Beliau menegaskan semua sekolah di PPD Zon Sentul perlu mempunyai  pelan perancangan strategik sekolah untuk tempoh tiga tahun bermula daripada 2017-2019. Kursus tersebut telah di bimbing  oleh  Abdul Razak Abdul Rahim, pensyarah kanan  daripada Institut  Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Pendidikan Nilai,  Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Seramai  lebih daripada 60 orang guru besar SK dan SJK   serta  pegawai JPWP telah mengikuti  kursus tersebut.

Tn Hj Jauhir menyampaikan token 


peserta kursus tekun  berbengkel